Wednesday, July 6, 2011

Menjadi Seorang Animatior


Assalamualaikum..dan selamat sejahtera, ok, so,di pagi buta yang hening ni disebabkan aku tak dapat nak lelapkan mata aku ni...aku nak bercerita sikit tentang bagaimana kita boleh jadi seorang animator, BERJAYA atau tidak itu semua bergantung kepada diri sendiri,ok..jom selami dunia ini..hehehe..

MENJADI ANIMATOR PERLU ADA APA? :

- Untuk permulaan tak kira la animator 2D atau 3D apa yg kita perlu tahu ialah "Prinsip Animasi" dan bagaimana nak menghasilkannya. Ok, secara umumnya terdapat 12 prinsip animasi yg utama tlg google ye kalau nak tahu.Insyallah ada masa nanti aku terangkan..

- Setelah prinsip animasi dah dikuasai, kita perlu ada kemahiran yang terbahagi kepada beberapa faktor, perisian,pemikiran kreatif dan kerja kumpulan(kalau nk sorang abaikan yg ni)

- dan ketiga bagi aku yg terakhir(malas dah nak tulis)..hehehe..ktia perlu ada MOTIVASI DIRI dan disiplin, haa kan..dua benda ni amat penting saat kita nak buat kerja dan nak hantar kerja kita kepada pelanggan atau juga BIG BOSS, kenapa penting ??
mari aku terangkan..

Disiplin - Amat diperlukan bagi memastikan segala kerja yang kita nak buat menjadi dan tersusun rapi di dalam jadual kerja kita sepanjang minggu/bulan/hari, malahan dengan ada disiplin kita lebih berpendirian dan akan rasa lebih kepuasan apabila kerja kita sudah setel.

Motivasi diri
- Ia diperlukan saat semasa kita buat kerja dan semasa kita nak hantar kerja kita, jika kerja kita ditolak atau dgn kasarnya direjek, jangan kita cepat merudum dan beremosi, catat apa yang mereka mahu dan lakukan perubahan, anggap la lain orang lain taste..manusia ni tak sama..hehehe..jadi apa yg kita kena buat "always think positive"...

Itu jela yang mampu aku karang buat masa ni, sebarang pertanyaan boleh la komen bawah yee..orait..

No comments:

Post a Comment